Hidup ini tentang pilihan.

                                     
  

Hidup adalah tentang pilihan yang telah dibuat oleh setiap individu untuk membuat keputusan berkaitan dengan bagaimana kehidupan mereka pada masa akan datang.Masing-masing ada pilihan dan cara mereka tersendiri.Pepatah melayu ada mengatakan 'sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna'.Persoalannya,adakah keputusan atau pilihan yang dibuat betul ataupun sebaliknya?Hidup adalah memilih dan setiap hari ada banyak keputusan yang harus diambil dari pelbagai macam pilihan.Contoh yang kita boleh ambil dari kehidupan seharian adalah seperti bangun pagi kita sudah memilih pakaian untuk pergi kerja ataupun kemana sahaja kita nak pergi.




















Selain daripada orang dewasa,kanak-kanak juga mempunyai pilihan mereka sendiri.Sebagai contoh mereka meilih untuk berkawan,berpakaian menonton rancangan kegemaran mereka dan banyak lagi.











Remaja zaman sekarang juga sudah banyak yang menentukan pilihan mereka sendiri seperti memilih pasangan dan pilihan hidup yang lain.



Tidak semua pilihan dan juga keputusan yang kita buat itu betul ada kalanya kita tersilap,tetapi kita belajar dari kesalahan masa lalu supaya tidak megulangi kesilapan yang sama dalam membuat pilihan.


Tidak ada yang terlambat dalam memperbaiki diri.Satu panduan yang simple untuk membantu menentukan apakah keputusan yang kita ambil itu betul atau sebaliknya adalah mengambil pilihan yang sesuai dengan nilai-nilai hidup dan hasil dari pilihan itu dapat memberi berkat dan kesejahteraan untuk diri sendiri mahupun orang lain.Pilihan di tangan anda!...






Comments